Saudara, musim cuti sekolah yang baru berlalu menyajikan kita dengan banyak majlis. Antaranya majlis perkahwinan. Namun, di sebalik kerancakan dan kemeriahan majlis perkahwinan tersebut, kedengaran juga berita kematian di sana-sini. Sebut saja pasal perkahwinan, banyak orang akan tersenyum. Bilamana disebut pasal kematian, banyak orang yang membenci dan cuba lari daripadanya.
Peliknya manusia. Kalau mau kawin, persediaannya bukan main dahsyat lagi. Kalau buli setahun sebelum tarikh kawin, sudah mula membuat persediaan. Sanggup kasi keluar belanja yang besar. Sanggup hutang sana, hutang sini. Promosi pula bukan alang-alang, semua kampung dimasuki. Majlis kawin itu sendiri kalau buli dibuat 7 hari 7 malam. Pasangan pengantin disanding dan diarak ke hulu dan ke hilir.
Saya tidak kata semua itu salah secara total. Tapi, cuba bah kita pikir. Kalau majlis kawin kita sanggup buat begitu, kenapa Majlis Kematian tidak? Kenapa kita tidak menguruskan persediaan menghadapi mati, sedahsyat persediaan majlis kawin? Kenapa kita kedekut berbelanja untuk menimbun pahala bagi menghadapi saat kematian? Kenapa kita tidak hebahkan betapa dahsyatnya saat kematian agar semua insaf dan kembali kepada ajaran Tuhan?
Bukankah mati itu pasti gaman? Bukankah selepas mati, kita akan dihisab dan diberikan balasan yang setimpal dengan amalan kita kinan? Bukankah kita selalu diingatkan bahawa selepas itu tempat kita kalau bukan di syurga, pasti di neraka tobpinai? Saudara, Majlis Kematianlah yang paling hampir dengan kita. Majlis itulah yang paling besar berbanding majlis-majlis yang lain. Semuanya terletak pada iman kita. Sejauhmana keyakinan kita terhadap pastinya mati dan wujudnya Tuhan yang akan memberikan balasan kepada kita kelak.
Ini bukan fantasi, tapi realiti! Marilah bersama-sama kita mempersiapkan diri, kerana mati itu boleh datang bila-bila masa saja. Inda mengira itu samada tua atau muda, sakit atau sihat, kaya atau miskin dan yang sewaktu dengannya. Tidak rugi kita selalu berbicara soal kematian. Bukankah orang yang paling bijak adalah mereka yang selalu mengingati mati dan bersiap siaga menghadapinya? Kemiskinan dan kemunduran zahir atau batin, hanya boleh direvolusikan oleh mereka yang bijak. Bukan bijaksini saja, tapi bijaksana!
Read more...